Thursday, 13 June 2013

SeMaNiS CiNtA FaRlOvEjA

                Semanis Cinta Farloveja ----> Part 1

        Farliana mengesat peluh di dahi. Panas matahari membahang wajahnya yang putih kemerahan. Kepenatan menguasai diri. Farliana Zahra seorang gadis muda berusia 22 tahun. Mempunyai kedai kek miliknya sendiri dan merupakan pengurus di kedai tersebut. Namun, sikap  mandiri Farliana menjadikannya suka melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh pekerja lain.Farliana juga sering mengambil tugas menghantar pesanan kek atau pastri yang dipesan terus ke rumah pelanggan.
       Farliana mengemaskan 'cap' yang dipakai olehnya.Dia keluar daripada kedai kek miliknya yang diberi nama "De'Armor Bakery".Dia membawa dua bungkusan cupcakes untuk dihantar ke rumah pelanggan.Kereta MYVI hadiah daripada arwah ayahnya dipandu menuju ke alamat yang ditulis pada resit pesanan.Semasa dalam perjalanan fikirannya melayang mengingati peristiwa yang menjengkelkan yang telah berlaku pada awal pagi itu sebelum dia sampai ke tempat kerjanya.Pada pagi itu, dia hampir sahaja menghentam sebuah kereta sport berwarna biru firus yang berhenti secara mengejut.Sesungguhnya dia tidak menyangka sama sekali bahawa insiden tersebut boleh berubah menjadi satu pertengkaran.
       Kini,Farliana tiba di hadapan sebuah banglo dua tingkat yang tersergam indah.Farliana keluar dari keretanya lalu mendekati pintu pagar utama banglo tersebut.Loceng ditekan beberapa kali.Farliana menantikan kedatangan tuan rumahdengan sabar.Tiba-tiba seorang pemuda datang membuka pintu pagar.Farliana melan liur.Matanya terbuntang luas.Begitu juga pemuda tersebut."Awak??" Serentak mereka bersuara."Apa awak buat dekat sini?" Soal Farliana.Ternyata pemuda tersebut ialah lelaki yang telah menyebabkan hampir berlakunya kemalangan pada awal pagi itu. "Patutnya saya yang tanya awak.Apa yang awak buat dekat sini?" Pemuda tersebut memandang sinis diri Farliana.Baru sahaja Farliana hendak membalas, keluar pula seorang lagi pemuda...

Saturday, 27 April 2013

~RINDU~

          RINDU....satu perasaan yg menyeksakan.... tambah pula jika org tu x tau bahawa kita rindukan dia.... setiap hari kita usaha untuk lupakan dia... tapi semakin kita cuba lupakan dia semakin kuat rasa rindu tersebut..Kadang2 pelik juga.. Kenapa mesti wujudnya rasa rindu??
          Ada seorang gadis muda yg menyukai seorang jejaka.. Pada pandangan kebanyakan orang mungkin jejaka tersebut tidaklah setampan mana..namun sikapnya yg unik membuatkan si gadis mula menyukai jejaka tersebut dlm diam..padahal pada awalnya dia amat anti terhadap jejaka itu..
           Si gadis terus menyimpan rasa sehingga pada suatu hari jejaka tersebut pergi tanpa sempat si gadis meluahkan rasa hati..Kini yang tinggal hanya rasa kesal kerana tidak meluahkan perasaannya dan rasa rindu yang teramat...Masihkah ada peluang untuk si gadis berjumpa lagi dengan jejaka tersebut??

Friday, 18 January 2013

         
             Jatuh cinta or Falling in love??????  suatu rasa yg kdg kala x dpt dielakkan oleh seseorg individu...
Rasa yg hadir tanpa disedari...kdg2.. cinta bermula apabila kita menmbenci,mengutuk atau mengejek seseorg itu... namun semakin lama...cinta mula berputik... perkara yg dijadikan bahan kutukan itulah yg membuatkan seseorg itu jatuh cinta walaupun pada awalnya kita tidak menyukai org itu...
             Pada awal pertemuan,pelbagai gelaran yg pelik diberikan...org itu dikutuk dan diejek...tp lama kelamaan rasa itu makin mekar dan mekar lagi...Jadi benarlah kata org..jgn terlalu membenci seseorg itu kerana lama kelamaan kita akan jatuh cinta padanya... XOXO