Thursday, 13 June 2013

SeMaNiS CiNtA FaRlOvEjA

                Semanis Cinta Farloveja ----> Part 1

        Farliana mengesat peluh di dahi. Panas matahari membahang wajahnya yang putih kemerahan. Kepenatan menguasai diri. Farliana Zahra seorang gadis muda berusia 22 tahun. Mempunyai kedai kek miliknya sendiri dan merupakan pengurus di kedai tersebut. Namun, sikap  mandiri Farliana menjadikannya suka melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh pekerja lain.Farliana juga sering mengambil tugas menghantar pesanan kek atau pastri yang dipesan terus ke rumah pelanggan.
       Farliana mengemaskan 'cap' yang dipakai olehnya.Dia keluar daripada kedai kek miliknya yang diberi nama "De'Armor Bakery".Dia membawa dua bungkusan cupcakes untuk dihantar ke rumah pelanggan.Kereta MYVI hadiah daripada arwah ayahnya dipandu menuju ke alamat yang ditulis pada resit pesanan.Semasa dalam perjalanan fikirannya melayang mengingati peristiwa yang menjengkelkan yang telah berlaku pada awal pagi itu sebelum dia sampai ke tempat kerjanya.Pada pagi itu, dia hampir sahaja menghentam sebuah kereta sport berwarna biru firus yang berhenti secara mengejut.Sesungguhnya dia tidak menyangka sama sekali bahawa insiden tersebut boleh berubah menjadi satu pertengkaran.
       Kini,Farliana tiba di hadapan sebuah banglo dua tingkat yang tersergam indah.Farliana keluar dari keretanya lalu mendekati pintu pagar utama banglo tersebut.Loceng ditekan beberapa kali.Farliana menantikan kedatangan tuan rumahdengan sabar.Tiba-tiba seorang pemuda datang membuka pintu pagar.Farliana melan liur.Matanya terbuntang luas.Begitu juga pemuda tersebut."Awak??" Serentak mereka bersuara."Apa awak buat dekat sini?" Soal Farliana.Ternyata pemuda tersebut ialah lelaki yang telah menyebabkan hampir berlakunya kemalangan pada awal pagi itu. "Patutnya saya yang tanya awak.Apa yang awak buat dekat sini?" Pemuda tersebut memandang sinis diri Farliana.Baru sahaja Farliana hendak membalas, keluar pula seorang lagi pemuda...

No comments:

Post a Comment